Sunday 23 December 2012

Ilmuan yang tidak beramal dan benyebrkan segala ilmu  yang dimiliki samalah seperti air sungai yang tidak pernah mengalir bertakung dan akhirnya membusuk.'

Sunday 4 November 2012



Lestari GTC

Namanya tak segah seperti istana ilmu  terhebat cemerlang boleh dibanggakan
Apatah lagi setinggi-tinggi institusi jauh sekali bersarang di ruang pemikiran,
Namun di sinilah tempat kami beraksi,
Mengejar impi merinta galaksi reality,  
Menerajui diri di dunia GTC

Walau hilang upaya menatap indahnya maya,
 bukan alasan untuk  meraih cita ke puncak jaya,

Hijaunya rona  meluahkan tabah,
Hadirnya malam disimbahi cahaya,
Menyuluh langkah mengatur cara,
Kami di sini dididik menjadi insan sempurna sama hebat seperti insan di luar sana,

Bagaikan embun hilang diterbit fajar,
Begitulah kami tanpa bimbingan tenaga pengajar,
Walaupun tidak dikurnia kemampuan di sini kami dipertunjukkan jalan,
Kesempatan yang terbentang buat kami melakar destinasi sebuah kehidupan,
Percaya berdiri di atas kaki sendiri menerobos segala kebolehan berusaha mengerah seluruh kudrat yang ada  nescaya kejayaan menanti rela menjadi teman di masa hadapan

Celik IT, berinovasi, produktif, optimis pada diri   menjadi matlamat kami sepanjang berada di GTC,
Kelak di luar sana kami lebih bermotivasi s mampu mencipta misi dan visi hidup yang tersendiri

Umpama dari timur bangkitnya lestari menyinari bumi di pagi hari,
Bait-bait kata selayaknya buat seluruh warga GTC

Tamatlah sudah epilog kami di sini selajur pula kami bertemu dunia yang lebih mencabar lagi,
Melangkah dengan ilmu terusung di dada bersama menerima segulung pencapaian bersaksikan pagi yang ceria,
bersama doa diiringkan memohon restu moga dikurniakan keampuhan jiwa dan ketabahan raga dalam menempuh kancah kehidupan agar tak tergugah semangat  ridek ancaman kegagalan.

Nurkilan : Perindu Syahid Abadi.


Saturday 22 September 2012




‘Izinkan Aku’

Sekian lama menanti kini tiba detik ketikanya..

Aku antara beribu umat yang terpilih untuk 

mengunjungi Kota Mekah

Kota yang penuh dengan barakah,

Sebelum berangkat genggamilah tanganku moga 

dengan restu dari NYA

Terhapuslah dosaku yang bagaikan buih-buih di 

lautan,

Begitu juga buat kalian,

Doaku moga kita Berjaya bertemu di Al-Jannah,

Salam kerinduan akan ku sampaikan buat Rasul 

junjungan,

Ya Allah….

Berdebar rasa menerima utusan itu,

Bergetar seluruh tubuh tatkala menyahut seruan dari 

MU,

Bersama ini hadiah terindah ku bawakan ,

Moga mabrur dari MU buatku,

Ya Rabbul Izzati…

Sihatkan anggota badanku agar dapat seluruh marga 

inderaku merunduk kepada Mu,

Bersihkan lah mindaku dari hina keduniaan.

Sucikan hatiku seputih kain ihram yang bakal 

menyelubungi tubuhku,

Berikan lah keampuhan seluruh rohani dan jasmaniku 

dalam aku menuju redha Mu,

Ya Muhaimin…

Andai kata detik nadiku terhenti dalam aku menuju 

panggilan Mu,

Matikanlah aku di dalam iman,

Seandainya masih dikurniakan hayat izinkan aku 

bertamu lagi di baitul Mu buat ke sekian kali..

*Perindu Shahid Abadi*

2 Zulkaedah,143

Wednesday 19 September 2012

♥ Aku Sanggup Duhai Muhammad...


Jika kafir sekalipun kagum dengan 
Nabi Muhammad SAW .
Adakah anda pula meraguinya..?

Tidak dinafikan kebijaksanaa dan kemuliaan Rasulullah SAWdalam menyelesaikan masalah sama ada dalam kalangan umat islam dan golongan kafir banyak memberi keadilan sehinggakan golonagan kafir berasa kagum dan akhirnya mereka rela hati memeluk islam.Akhlak terpuji Rasulullah SAW sememangnya wajar dijadikan model ikutan masyarakat islam pada hari ini.Buku ini banyak memaparkan keperibadian terpuji Rasulullah SAW diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca.
- ' Sahibul Fadilah Tuan Haji Ahmad Mustafa Bin Muhd Sidin
 Al-Muqri.'

Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

Penyusunan kisah-kisah akhlak terpuji Rasulullah seperti dalam buku ini,amat dialu-alukan.Ini kerana secara tidak langsung akan melahirkan rasa cinta kasih kita dan menguji sejauh mana perasaan kita terhadap perjuangan dan kepimpinan Baginda terutama ketika berhadapan dengan pelbagai masalah dalam golongan islam dan kafir.Kandungan buku in sangat menarik untuk kita hayati terutamanya mesej yang hendak disampaikan.Mudah difahami pembaca.

- Haji Mohd Basori Bin Haji Umar,
  Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pengurusan Masjid,
  Jabatan Agama Islam Selangor.

Sememangnya mustahil bagi kita untuk mencontohi 100% akhlak Rasulullah SAW.Namun sebagai umat islam yang menyanjungi keperibadian Baginda,sangat-sangatlah wajar kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan panduan menghadapi susana persekitaran hidup yang semakin kompleks.Semangat dan perjuangan yang tidak pernah mengenal erti putus asa wajar diteladani sebagai panduan ketika menyebarkan agama islam.

- Muhamad Sujak Bin Hj,Muhd Dasuki,
  Pegawai Takbir Agama,Pejabat Agama Islam Daerah Petaling,
  Jabatan Agama Islam Selangor.

Buku ini tidak menjadikan diri anda sehebat dan
semulia Rasulullah SAW.Namun sekurang-kurangnya 
jadilah yang hampir dengannya...


Ini adalah perkongsian dari saye,
Buku ini saye beli di pesta Selangor beberape bulan yang lalu....
Saya tertarik dengan tajuknya,
" Aku Sanggup Duhai Muhammad "
yang mengisahkan suka duka Rasulullah dalam berdakwah.
Setiap yang menghayati kisah di dalam buku ini
pasti akan jatuh hati dengan sikap dan keperibadian Baginda.

Baru2 ini kita digemparkan dengan filem yang menghina Rasulullah.Filem tersebut telah mendapat bantahan umat islam diseluruh dunia.Buku ini telah membuktikan betapa indahnya keperibadian insan yang bernama Muhammad SAW dalam setiap aspek.

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah ke atas mereka 
yang telah hanyut...
Insya Allah..=)


Friday 17 August 2012


....BANGKITLAH BANGSAKU..

Bumi anbia di dalam tangisan,
 kanak-kanak berlagu sendu mendendangkan irama keresahan,
Jiwa mereka dicengkam kezaliman neraka jahanam zionis,
Sedangkan mereka adalah ahli syurga yang nyata,

Mata para mujahid terkatup rapat,
Jasad kaku dibelenggu si petualang durjana,
sedangkan darah jihad yang terus mengalir masih mekar disanubari,
Gugurnya perwira bukan bermakna kalah,
 Tetapi kerana rindukan haruman taman syuhadah yang lebih indah ,

Demi Tuhan mereka berjuang untuk mempertahankan agama dan bangsa,
Anak watan terus bersatu hati,tenaga dan usaha mengembalikan maruah bangsa yang telah diragut dengan kerakusan nafsu,

Tetapi tidak disini,
 Bukan pada bangsaku…
Hari ini bangsaku di dalam kegelisahan,
Dibelenggu oleh asakkan lasykar nafsu,
Darah kebencian terus mengalir,
 Mencela,menghina dan sanggup meratah daging saudara sendiri,
Tiada toleransi … meninggi diri … susilah diri jauh sekali,

Lupa pada langit yang dijunjung,
Khilaf pada bumi yang dipijak,
Kenyang dengan keringat  yang bakal membakar diri di dalam api kemurkaan,
 Yang senang semakin gembira,
Mata tertutup rapat dari memandang fakir yang kelaparan,
Anak-anak dibiarkan berpeleseran tanpa arah dan tujuan,

Kita sedang mencipta tragedi,
 Disaat  negara berpotensi megah berdiri,
Kita masih ditakuk kemiskinan ilmu dan harga diri,
Sukakah kita robohkan sebuah bangsa yang telah diwarisi berabad lamanya ???
Mahukah kita mencemarkan maruah negara dimata dunia???

Aku Cuma meluahkan rasa yang bergelora di dada,
Meronta menjelaskan apa yang berkelana di mata hati,
Mengapakah begitu ???
Mengapa terjadinya semua ini ???

Aku bukan Bahaman,
Bukan jua Maharaja Lela,
Aku bukan pahlawan yang gagah perkasa,
Aku bukan seperti mereka,
Yang sanggup berputih tulang
Demi menegakkan keadilan bangsa,
Aku hanya manusia biasa,
Ingin menjulang martabat bangsa,
Ingin membebaskan mereka dari sangkar jajahan jiwa,


Justeru bangkitlah !!!
Bangkitlah !!! Bangsaku dari mimpi ngeri,
Berhentilah dari menjadi Jebat yang menentang rajanya sendiri,
Sucikan bintik-bintik neraka yang merajai hati kita,
Teguhkan jati dirimu yang semakin goyah dimamah kepura puraan,

Kembalilah kepada asal dirimu,
Resam dahulu bermati-matian demi mendapatkan sebuah kemerdekaan untuk bangsa tercinta,
Bersatu lah kita  membela nasib bangsa yang semakin parah dipukul kemusnahan tamadun ketimuran,
Sekaligus bergading bahu demi mencapai cita-cita negara,
 Agar kemerdekaan hari ini lebih bererti buat kita

Renungilah bersama…

Thursday 16 August 2012

" Pohon Keikhlasan "

Daripada semaian benih , akhirnya bercambahlah

pohon keikhlasan berbajakan kasih sayang.

Lalu mengeluarkan bunga - bunga kepercayaan antara satu sama lain,

Dan mengeluarkan buah - buahan ukhuwah yang cantik di luar

dan cantik di dalam.

Dari benih jalinan seluruh insan dapat menikmati ukhuwah 

terindah yang terbit 

dari hati yang 

tulus dan murni...

     Ciptaan : 
Perindu Shahid Abadi..

Tuesday 31 July 2012

Sabda Mutiara....

" Jadilah sahabat sejatimu adalah pena.

Saluran penumpahan ideamu adalah dakwat.

Kawan berimanmu adalah buku.

Istana adalah rumahmu.

Dan

Simpanan kekayaanmu adalah tenaga dan masa sihatmu.

Jangan hiraukan apa yang telah berlaku. "

Saturday 21 July 2012


(^__^)
Kemasukan baru ke universiti , tarikh : 21 July 2012... 
( Insya Allah )

Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak..

Course wajib : Berpuasa..

Course special : Terawih..

Course tambahan : Baca Al-Quran,zikir,solat sunat,sedekah dan etc..

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Taqwa..

Konvo : 1 Syawal...

*Extra..tawaran melanjutkan pengjian ke peringkat master..

Course : Puasa 6...

Jom sahabatku kita daftar beramai-ramai...

(^__^)V..

Friday 13 July 2012

Inti Hati...

Inti karipap pedas rasanya , Inti popia manis pula,

Inti Iman taqwa jawabnya , Inti kalbu apa pula..??? "

" Semoga hidupmu disinari nur keimanan, 

Matimu diulit ketaqwaan,

Amalanmu gunung dengan keikhlasan,

Akhlakmu indah bersendikan Al-Quran,

Hatimu terhibur dengan irama perjuangan..."

(^____^)
" Orang yang mencari kebenaran Allah sahaja 
yang menghubunginya Al-Quran dan As-Sunah.Mana hakikat 
mana insan kenal Allah 
kenal diri.... "

Saturday 30 June 2012

6 janji rasulullah kepada umatnya...

Berjanjilah kepadaku kamu akan melakukan 6 perkara,nanti aku akan janjikan kamu dapat  memasuki syurga... 6 perkara yang dikatakan oleh baginda ialah :

- Apabila kamu bercerita,kamu berkata benar...

- Apabila kamu berjanji,kamu tepati...

- Apabila kamu diamanahkan,kamu laksanakan....

- Peliharalah kehormatanmu...

- Tundukkanlah (peliharalah) Pandanganmu ( dari memandang perkara yang haram) dan kawal tanganmu dari bertindak menyakiti orang lain....

  Sabda Rasulullah....Waallahu'alam..(^___^)

Sunday 17 June 2012

Jika Hati....

Pada jalan yang berliku,

Moga Allah luruskan langkahmu,

Jika langit dunia runtuh,

Moga Allah teguhkan akidahmu,

Jika hati dilanda gelisah,

Moga Allah curahkan ketenangan dalam dirimu,

Moga kasihnya sentiasa bersamamu,