Saturday 28 September 2013





Di dataran terindah ini ku ingin ukirkan kata-kata buat diri mu ,mungkin ini 

hanya ilusi tapi mungkin juga akan menjadi reality  buat                               

ku jua merasakan apa yang membara di jiwa sehingga kehangatan  

nyalaan cinta itu bertamu di kalbuku tanpa diundang,

hebat metafora cinta itu hingga bahangnya mencengkam bubun-bubun kerinduan,

panahan tiap bait bait bicaramu  buat ku rasa tak keruan,

namun ktita harus lalui dataran ini dengan penuh ketenangan

menjaga segala batasan yang menguji keimanan

biar beribu batu jauh kita terpisah atau tak mungkin untuk bersua

tiada rasa duka mahupun kecewa menyinggah di 

jiwa                                                                                                                                                                   
fitrah hidup bagi seorang insan mengisi kekosongan qalbu dengan cinta

dan kita lalui dataran ini seadanya dengan hati yang terbuka

dataran ini terbentang indah buat kita

dihiasi jalur-jalur keikhlasan disulami kuntuman ketaqwaan

menghidupkan kasih setiap yang menghuninya

kesegaran embun kerinduan ini akan melenyapkan keheningan sepi di hati 

insani

jika dataran ini tercipta buat kita

pintaku hanya satu tatkala keberadaan ku di sisimu

pimpinlah daku menuju cinta yang Maha Agung

agar kebersamaan kita bisa menjamah rasa ketenangan

dengan restu dan redha Ilahi

aku akan menjadi bidadari yang mengiringi langkah mu menuju taman 

firdausi

Insya-Allah..


Nukilan: ‘PERINDU SYAHID ABADI’


Friday 26 July 2013

Senandung raya untuk ayah

Riuh beburung riang berkicauan meraikan hari kemenangan,

Bening mentari syawal melambai sayu pada fajar ramadhan yang penuh barakah,

Kejayaan dirai dengan meriah ujian ramadhan dilalui dengan penuh berhikmah,

Gema takbir mengalun indah bicara kebesaran-Nya,

seraya seluruh umat melafazkan syukur pada Yang Maha Esa 
kerana masih dikurnia nafas bagi melaksanakan rukun ke-3 dengan sempurna

Hiba sayu menyelubungi sang hati

Ku singkap kenangan abadi bersama insan yang amat ku sanjungi

Ku genggam mesra tangannya dengan penuh bermakna

Pinta ku padanya agar dihalalkan segala makan dan minum serta diampunkan segala kesilapan

Bening matanya indah mewarnai lukisan ceria di hari mulia

Bening kebahagiaan itu adalah untuk kami

Kini hilang satu cahaya yang melengkapi warna pelangi

Ku amat merindui raut yang pernah ku kucupi satu ketika dahulu

Sayang ku padanya takterluak  walaupun dia tiada lagi di sisi

Dihadapan ku pusara tersemadinya  jasad insan yang ku sayang

Air mawar disiram membasahi pohon kerinduan

Walau dipisahkan dengan dua dunia yang berbeza namun ikatan kasih kami tidak akan pernah putus

Ya Allah di hari yang mulia ini ku memohon pada Mu rahmatilah dia dan tempatkanlah dia di kalangan para solihin..

Dengan Al-fatihah yang ku hadiahkan beserta bingkisan doa yang ku pohonkan mendapat tempat di sisi Nya

Insya Allah..

Nukilan: Perindu Syahid Abadi



Tuesday 11 June 2013

Puing-puing Keindahan

Hembusan bayu bersuara lembut,

Canang keserata alam tentang kehebatan Penciptanya,

Pepohon merimbun bebunga kedamaian,

Disimbahi cahaya sang kejora,

Setia bertafakur aur,

Merasakan hidupan lain menikmati kesegaran,

Undan melebarkan sayapnya bak betara di rimbanya melagukan 
kesyukuran kerana memiliki kebebasan,

Serangga kecil enggan mengalah menggalas tugas bukannya beban,

Hasrat ku ke mari ingin berkongsi rasa makhluk di sini,

Memuji Pencipta alam jagat yang terhebat,

Ku larikan diri daripada belantara konkrit yang hanya berbajakan 
duniawi,

Di sini ku miliki ketenangan berpanjangan,

Usah menodai malar ini,

Peliharalah khazanah yang Tuhan beri,

Jika dicalari…

Samalah seperti melukakan bumi,

Kekalkan puing-puing keindahan yang ada,

Kepada pewaris muda jagalah sebaik-baiknya…



Nurkilan – Perindu Shahid Abadi
Kasih Bersabda..

Ku intai tabir malam dalam dakapan sendu kesyahduan

Meraih rahmat demi memilki kasih setulus budi

Ku layangkan hasrat hati bersama warkah kerinduan ini

Bersemilah sabda bila hati bertaut pada kasih yang mulia

Kasih ku seharum wangian kasturi

Cinta ku tiada berbelah bagi

Biarlah tubuh kaku terbujur namun merah kasih di jiwa tidak akan luntur

Tinta yang tersurat membuka sebuah hikayat

Wujudnya mahligai di alam fantasi

Lakaran syurgawi adalah pasti bukan lagi khayalan ilusi

Kala dahulu ku jua berasa sangsi mengapa merindu sesuatu yang tidak pasti

Segala kesamaran akan ku lebur jua melepaskan apa yang kabur

Ku terasa sakti kasihnya bila rindu yang hadir memeluk di jiwa

Semakin kuat kalimah keramat

Ku dambakan cahaya kasih sentuhannya semakin aku terpijat

Sabda ku bukan mainan bila kasih Mu aku idamkan

Sabda ku meleraikan rindu bila kasih terpatri di kalbu

Kasih ku terjauh tersulam indah di dada

Menjiwai setiap coretan kata damainya bila

Kasih bersabda…


Nurkilan
Perindu Shahid Abadi


Dik….

Diri mu ibarat permata menyinari di setiap laman kasih

Namun kilauan cahaya yang kau pancarkan semakin pudar sinarnya

Tatkala diri mu dihinggap ujian dari Tuhan

Kami disini melanda kesedihan

Tika melihat diri mu terlantar bersendirian menahan ujian dan kesakitan

Jangan kau takut setiap ujian yang datang menerpa bukan bermakna kau hamba yang berdosa mahupun bala atau bencana…

Tapi itu adalah satu pembuktian kasih sayang Tuhan kepada hambanya yang setia

Semangat mu persis embun di tengah hari terbit di waktu pagi hilang dibahang mentari

Usah bimbang sayang…

Meskipun kau tiada di sisi kilauan mu tetap berseri di hati kami

Ibarat mentari terbit dari timur kasih kami tidak pernah luntur

Dik…

Genggam tangan ini seeratnya

Yakinkan hati setiap dugaan pasti ada hikmah rahsianya

 Bisiklah hatimu kita berlena kan bersama ayah jua bonda

Turut bersama

Setulus doa kami panjatkan kepada Tuhan

kami perdengarkan moga kau diberi kekuatan dalam menempuh segala ujian dari Tuhan..



Nurkilan


Perindu Shahid Abadi

Saturday 27 April 2013


Surat dari Bonda

Assalamualaikum…

Anakda yang amat bonda rindui selalu….

Bonda ingin memohon maaf seandainya kehadiran surat ini menganggu perhatian 

terhadap pelajaran mu.

Bonda benar-benar rindukan anakda.

Bonda harap anakda segera pulang.

Walaupun berjauhan namun bonda sentiasa berada di 

sisi anakda & bonda sentiasa doakan anakda Berjaya di dunia dan di akhirat

Bonda sayangkan anakda.

Satu pesanan bonda jangan lupa segala perintah Allah,walau setinggi mana pun 

anakda berada.

Sekian

Daripada Bonda yang merinduimu…



Sosial - BAB 4

PERBINCANGAN MENGENAI PRESTASI KERJA
1.      Penilaian Prestasi
è Meujuk kepada proses penyampaian berterusan kepada pekerja mengenai prestasi kerja mereka.
è Terbahagi kepada dua :
a)      Penilaian tak formal :
·         Ia dilakukan berasaskan pertimbangan hari demi hari.
·         Terdapat kaitan rapat diantara tingkah laku dengan maklum balas.
·         Pekerja perlu menganggap penilaian tidak formal adalah penting untuk kebaikan diri sendiri dan organisasi.
b)      Penilaian formal atau bersistem :
·         Dilakukan secara berkala dalam setahun.
·         Terdapat aspek-aspek atau kriteria-kriteria yang dinilai secara tetap.
·         Ada  4 tujuan utama :
ü  Semua pekerja tahu bagaimana prestasi kerja mereka dinilai
ü  Kenal pasti pekerja yang layak dinaikan gaji
ü   Kenal pasti pekerja yang layak dinaikan pangkat
ü  Kenal pasti pekerja yang memerlukan latihan
è Terdapat beberapa kelemahan penilaian jenis ini :
a)      Piawai yang berubah
b)      Sikap berat sebelah penilai
c)      Pola penilai yang berbeza
d)      Kesan halo (persekitaran)

2.      Tanggungjawab Menilai
è Dalam kebanyakan organisasi Jabatan Suber Manusia bertanggungjawab membentuk program-program penilaian dan mengawasi prestasi-prestasi program tersebut. Siapa yang melaksanakan tugas penilaian adalah berbeza bagi setiap organisasi copntohnya :
a)      Penyelia langsung
b)      Pekerja sendiri
c)      Rakan sekerja
d)      Penilaian secara berkumpulan
e)      Jawatankuasa penilai
f)       Gabungan

3.      Faktir-faktor yang Mempengaruhi Proses Penilai
è Dalaman :
·         Jenis pemimpin, budaya korporat dan sebagainya.
è Luaran :
·         Undang-undang buruh dan kesatuan sekerja.

4.      Kepentingan dan Penilaian Prestasi
è Data atau maklumat yang diperolehi akan digunakan oleh pihak pengurusan untuk memastikan agar organisasi berkembang dengan baik ia juga boleh digunakan untuk
a)      Memperbaiki perancangan sumber manusia
b)      Memperbaiki perekrutan  dan pemilihan kakitangan
c)      Memperbaiki pembangunan sumber manusia
d)      Memperbaiki perhubungan diantara kakitangan
e)      Memperbaiki perancangan dan pembangunan kerjaya
f)       Memperbaiki program pampasan

TANGGUNGJAWAB DI TEMPAT KERJA
1.      Pengenalan
a)      Tempat kerja mestilah bersih menurut piawaian dan dasar yang telah ditetapkan oleh semua pihak berkuasa.
b)      Piawaian yang digunakan di negara Jepun dan menjadi ikutan di seluruh dunia dikenali sebagai konsep atau kaedah 5S.
c)      Di Malaysia piawaian dan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja termaktuk di dalam OSHA. Disamping undang-undang kecil PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

2.      Budaya Kerja 5S
è Mementing kebersihan, keselesaan dan kehidupan produktif untuk semua orang di tempat kerja. Jika dilaksanakan dengan betul, ia akan membawa banyak perubahan. Aitem-aitem atau barang yang tidak diperlukan akan dibuang, yang berguna pula akan dijaga dengan rapi, bersih dan tersusun.

3.      Definisi 5S
a)      Seiri (sisih)
·         Menyisih dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
b)      Seiton (susun)
·         Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula.
c)      Seiso (sapu)
·         Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin atau peralatan.
d)      Seiketsu (seragam)
·         Memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa supaya ketiga-tiga konsep di atas mudah dilaksanakan.
e)      Shitsuke (sentiasa amal)
·         Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan bertabiatbaik di tempat kerja secara berterusan.

4.      Penyebaran Konsep 5S
è Mula diperkenalkan diluar negara Jepun 1986 bermula di Singapura.
è Menjadi porpular kerana alasan-alasan berikut :
a)      Tempat kerja yang bersih dan lebih tersusun.
b)      Hasilnya nyata kepada semua sama ada di dalam dan di luar organisasi.
c)      Hasilnya boleh meningkatkan lebih banyak aidea baru.
d)      Semua orang akan lebih berdisiplin.
e)      Operasi menjadi lebih selamat dan mudah.
f)       Menjadi kebanggaan semua.
g)      Meningkatkan imej perniagaan organisasi dan individu.

5.      Ketogeri Tempat Kerja
a)      Kelas 3
·         semua pekerja membuat kekotoran di merata-rata tempat dan tiada orang membersihkanya.
b)      Kelas 2
·         ada sekumpulan orang yang membuat kekotoran tetapi sebahagian lagi membersihkannya.
c)      Kelas 1
·         tiada pekerja yang membuat kekotoran dan semua bertanggungjawab menjaga kebersihan.

6.      Penyempurnaan Tugas
è Setiap tugasan lazimnya mempunyai spesifikasi dan piawayan tersendiri serta mempunyai ukuran prestasi. Tanggungjawab pekerja adalah bekerja menurut piawayan tersebut dan memcapai prestasi yang ditetap kegagalannya dianggap melanggar disiplin.

7.      Pemantauan kendiri
è Pemantauan pihat belia @ pengurusan tidak boleh diharapkan sepanjang masa kerana mereka juga sibuk oleh itu, pemantawan yang terbaik dilakukan oleh pekerja itu sendiri. Perkara-perkara yang dipantau merangkumi
a)      Kualiti kerja
b)      Jumlah kegunaan sumber
c)      Tempoh menyiapkan tugasan
d)      Penjagaaan alam sekitar

8.      Cepat melakukan kerja
è Umumnya tempat kerja hendaklah selamat bersesuaian berpandukan prinsip kecekapan. Kemudaha-kemudahan yang digunakan hendaklah sesuai dan tidak membazir ia juga perlu sesuai dengan kebolehan para pekerja.

MEMPREKTIKAN INTEGRITI DAN AMALAN BERETIKA
1.      Intregiti
a)      Berasal dari bahasa Inggeris yang tidak mempunyai makna yang tepat dalam Bahasa Melayu
b)      Kamus Dui Bahasa DBP 1985 mentakrifkan sebagai kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan.
c)      Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan pula memdefinisikan sebagai jujur, ikhlas, adil dan terus terang.
d)      Wabster pula mentakrifkan sebagai berakhlak mulia.

è Ia boleh disimpulkan sebagai merangkumi keikhlasan, kejujuran, keterbukaan, ketulusan, amanah, benar, berpegang kepada perinsip, tidak mudah mempengaruhi, boleh dipercayai dan sebagainya.

2.      Etika
è Terdapat banyak tafsiran yang diberikan berasal dari Bahasa Greek (ETHOS)
è Gluck mengatakan ia adalah berkaitan filosofikal terhadap morality SHEA pula mengatakan prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkah laku.
3.      Etika Kerja     
è Ia dapat disimpulakn sebagai panduan tingkah laku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan khususnya di kalangan yang meminggirkan agama dalam kehidupan. Masyarakat moden lebih menuju kepada kemujuan material untuk mencapai kesenangan dalam hidup. Sumber-sumber moral datang dari set-set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.
è Etika kerja merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan setiap pekerja mengawal tingkah lakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.
è Ia seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam setiap aspek kehiduapn. Keberkesanan prinsip etika terletak pada disiplin dan kekuatan individu itu sendiri.
è Contoh etika kerja termasuklah :
a)      Berkeja dengan azam, mengabdikan diri kepada tuhan.
b)      Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
c)      Bekerja dengan tekun dan cekap.
d)      Bekerja dengan semangat bergotong-royong dan bersatu pikiran.
e)      Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.

4.      Integrity Tempat Kerja
a)      Mengamalkan akhlak mulia dan sifat terpuji.
b)      Menyayangi diri dan mencernakan budi pekerti dan amalan mulia.
c)      Menyayangi diri dengan mendisiplinkan diri terhadap peraturan dan etika kerja.
d)      Menyayangi diri dengan mengurus masa secara betul dan optimum.
e)      Menyayangi keluarga dengan melaksanakan peranan dan tanggungjawab.
f)       Hidup bersama dengan rakan sekerja, pihak atasan dan masyarakat dengan harmoni.
g)      Bersedia menghadapi cabaran dan tanggungjawab.
h)      Bersikap rasional terhadap diri.
i)        Berusaha berterusan .
j)        Memiliki sumber bistari.

è Disamping itu perlu menjahui sifat-sifat nagetif seperti :
a)      Suka menyalahkan orang lain dan beranggapan dia sahajalah yang betul.
b)      Menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja persedirian.
c)      Melakukan pembaziran dan berbual-bual kosong sesama rakan sekerja.
d)      Suka menonjolkan diri berbanding sumbangan yang diberi.

MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN DIRI
1.      Penyesuaian Kemahiran dan Kecekapan
è Keadaan yang memerlukan penyesuaian kemahiran dan kecekapan termasuklah :
a)      Penemuan teknologi baru iaitu manual kepada automasi.
b)      Perubahan cuaca.
c)      Perubahan permintaan pasaran (permintaan bertambah)
d)      Berlakunya keadaan darurat seperti perperangan, banjir dan sebagainya.
e)      Gangguan pembekalan sumber penting.
è Diantara perkara yang perlu dilakukan untuk menambah kecekapan dan kemahiran adalah :
a)      Memberi latihan untuk menambah kecekapan.
b)      Mengadakan latihan di tempat kerja.
c)      Menggunakan khidmat konsultan.
d)      Menggunakan institusi dalam negeri
e)      Institusi luar Negara.
2.      Pembangunan Kendiri
è Tumpuan kepada permasalahan bekerja dianggap menjejaskan produktiviti. Terlalu mementingkan cirri-ciri kemanusiaan juga boleh mengganggu matlamat organisasi. Perhubungan antara pekerja dan majikan boleh melahirkan konflik, kesannya ia menjejaskan kualiti pengurusan.
è Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang individu dalam organisasi :
a)      Faktor dalaman :
ü  Merupakan persepsi individu tentang sejauh mana cabaran.
ü  Diperolehi daripada pekerjaan dan pencapaiannya.
b)      Factor luaran :
ü  Merupankan keadaan organisasi yang memberi kesan kepada individu seperti polisi organisasi, keadaan kerja, gaji, perhubungan interpersonal dan sebainya.

3.      Kekuatan dan Kelemahan Diri
è Cuba kenal kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri secara maksima. Jangan pendam kelebihan tersebut kerana ia boleh menonjolkan kelemahan diri kita. Kekuatan yang ada pada diri adalah aset terpenting untuk terus maju dan memberi kuasa kepada personality.
è Teknik kenal kekuatan diri :
a)      Duduk dalam keadaan tenang
b)      Cuba tanya pada diri apakah kekuatan yang  ada pada diri dan apakah ciri-ciri yang menyebabkan orang tertarik kepada kita
c)      Senarai yang telah dikenal pasti itu hendaklah tampal ditempat yang mudah kita Nampak dan perlu membaca setiap hari sehingga melekat di minda kita. Cara yang sama boleh digunakan untuk mengenal pasti kelemahan diri. Senarai kelemahan itu perlu diperbaiki hari demi hari.

4.      Pantau Diri
è Lazimnya setiap individu memiliki dua diri iaitu :
a)      Diri awam yang sering dipamerkan di hadapan khalayak.
b)      Diri sebenar pula adalah ketika bersendirian.
è Tujuan seseorang itu memantau diri adalah supaya mereka boleh mendapat sebanyak mungkin faedah daripada situasi di mana mereka berada. Tingkah laku mereka berbeza apabila bertemu dengan orang yang berbeza. Mereka pandai meniru-niru gaya orang lain denagn tujuan membuat orang suka pada mereka.mereka boleh berdusta dengan cara yang amat meyakinkan si maggsa. Sikap-sikap yang berubah-ubah ini menyebabkan mereka sukar dipercayai, tidak berpendirian, manipulatif. Golongan ini mempunyai ramai kawan dari berbagai golongan ciri-ciri positif yang ada termasuklah cepat mesra,pandai bergaul, sensitive dengan emosi orang lain, bertenaga, bersikap terbuka, selalu ingin tahu, lebih berani mengambil resiko.
è Tingkah laku memantau diri sendiri mempunyai kaitan kuat dengan prestasi mereka lebih berjaya dalam aktiviti yang melampaui sempadan. Peluang untuk Berjaya dalam bidang yang berbeza akan terbuka lebih luas.

5.      Hierarki Keperluan Maslow
è Satu teori manusia yang popular dan membantu kita memahami motivasi adalah teori keperluan Maslow. Beliau mengemukakan 5 teori asal yang menerangkan proses motivasi dalaman iaitu :
a)      Keperluan fizikal
ü  Seseorang yang lapar atau penat akan memikirkan mengenai makan dan tidur dan bukannya kerja. Tetapi apabila telah dipenuhi mereka kehilangan kuasa untuk memotivasikan diri.
b)      Keperluan keselamatan
ü  Keperluan keselamat ia penting dan perlu diberi tumpuan apabila keselamat terjamin mudahlah untuk melakukan tugas-tugas lain.
c)      Keperluan social
ü  Setiap individu ingin merasa diri dipunyai atau disayangi
d)      Keperluan maruah
ü  Ia berkenaan dengan keinginan untuk dihormati oleh orang lain dan dihargai atas apa yang mereka sumbangkan. Pencapaian matlamat atau penghargaan yang diterima akan menghalakan mereka kepada pencapaian kepuasan maruah dan keyakinan diri.
e)      Kehendak potensi diri
ü  Keperluan tau kehendak yang tertinggi. Ia adalah kebolehan untuk memaparkan dan menggunakan sepenuhnya potensi diri. Maslow menetapkan bahawa potensi diri seseorang memaparkan karektor-karektor tertentu :
                                                                                i.            Mereka selalunya lebih serius dan banyak berfikir.
                                                                              ii.            Mereka focus kepada masalah luaran.
                                                                            iii.            Sikap mereka tidak dipengaruhi dan bersifat semula jadi.
                                                                             iv.            Mereka amat berpegang kuat pada etika.