Friday 26 July 2013

Senandung raya untuk ayah

Riuh beburung riang berkicauan meraikan hari kemenangan,

Bening mentari syawal melambai sayu pada fajar ramadhan yang penuh barakah,

Kejayaan dirai dengan meriah ujian ramadhan dilalui dengan penuh berhikmah,

Gema takbir mengalun indah bicara kebesaran-Nya,

seraya seluruh umat melafazkan syukur pada Yang Maha Esa 
kerana masih dikurnia nafas bagi melaksanakan rukun ke-3 dengan sempurna

Hiba sayu menyelubungi sang hati

Ku singkap kenangan abadi bersama insan yang amat ku sanjungi

Ku genggam mesra tangannya dengan penuh bermakna

Pinta ku padanya agar dihalalkan segala makan dan minum serta diampunkan segala kesilapan

Bening matanya indah mewarnai lukisan ceria di hari mulia

Bening kebahagiaan itu adalah untuk kami

Kini hilang satu cahaya yang melengkapi warna pelangi

Ku amat merindui raut yang pernah ku kucupi satu ketika dahulu

Sayang ku padanya takterluak  walaupun dia tiada lagi di sisi

Dihadapan ku pusara tersemadinya  jasad insan yang ku sayang

Air mawar disiram membasahi pohon kerinduan

Walau dipisahkan dengan dua dunia yang berbeza namun ikatan kasih kami tidak akan pernah putus

Ya Allah di hari yang mulia ini ku memohon pada Mu rahmatilah dia dan tempatkanlah dia di kalangan para solihin..

Dengan Al-fatihah yang ku hadiahkan beserta bingkisan doa yang ku pohonkan mendapat tempat di sisi Nya

Insya Allah..

Nukilan: Perindu Syahid Abadi