....BANGKITLAH
BANGSAKU..
Bumi anbia di dalam tangisan,
kanak-kanak berlagu sendu mendendangkan irama
keresahan,
Jiwa mereka dicengkam kezaliman
neraka jahanam zionis,
Sedangkan mereka adalah ahli syurga
yang nyata,
Mata para mujahid terkatup rapat,
Jasad kaku dibelenggu si petualang
durjana,
sedangkan darah jihad yang terus
mengalir masih mekar disanubari,
Gugurnya perwira bukan bermakna kalah,
Tetapi kerana rindukan haruman taman syuhadah
yang lebih indah ,
Demi Tuhan mereka berjuang untuk
mempertahankan agama dan bangsa,
Anak watan terus bersatu hati,tenaga
dan usaha mengembalikan maruah bangsa yang telah diragut dengan kerakusan nafsu,
Tetapi tidak disini,
Bukan pada bangsaku…
Hari ini bangsaku di dalam
kegelisahan,
Dibelenggu oleh asakkan lasykar
nafsu,
Darah kebencian terus mengalir,
Mencela,menghina dan sanggup meratah daging
saudara sendiri,
Tiada toleransi … meninggi diri …
susilah diri jauh sekali,
Lupa pada langit yang dijunjung,
Khilaf pada bumi yang dipijak,
Kenyang dengan keringat yang bakal membakar diri di dalam api
kemurkaan,
Yang senang semakin gembira,
Mata tertutup rapat dari memandang
fakir yang kelaparan,
Anak-anak dibiarkan berpeleseran
tanpa arah dan tujuan,
Kita sedang mencipta tragedi,
Disaat negara
berpotensi megah berdiri,
Kita masih ditakuk kemiskinan ilmu
dan harga diri,
Sukakah kita robohkan sebuah bangsa
yang telah diwarisi berabad lamanya ???
Mahukah kita mencemarkan maruah
negara dimata dunia???
Aku Cuma meluahkan rasa yang
bergelora di dada,
Meronta menjelaskan apa yang
berkelana di mata hati,
Mengapakah begitu ???
Mengapa terjadinya semua ini ???
Aku bukan Bahaman,
Bukan jua Maharaja Lela,
Aku bukan pahlawan yang gagah
perkasa,
Aku bukan seperti mereka,
Yang sanggup berputih tulang
Demi menegakkan keadilan bangsa,
Aku hanya manusia biasa,
Ingin menjulang martabat bangsa,
Ingin membebaskan mereka dari sangkar jajahan jiwa,
Ingin membebaskan mereka dari sangkar jajahan jiwa,
Justeru bangkitlah !!!
Bangkitlah !!! Bangsaku dari mimpi
ngeri,
Berhentilah dari menjadi Jebat yang
menentang rajanya sendiri,
Sucikan bintik-bintik neraka yang
merajai hati kita,
Teguhkan jati dirimu yang semakin
goyah dimamah kepura puraan,
Kembalilah kepada asal dirimu,
Resam dahulu bermati-matian demi
mendapatkan sebuah kemerdekaan untuk bangsa tercinta,
Bersatu lah kita membela nasib bangsa yang semakin parah
dipukul kemusnahan tamadun ketimuran,
Sekaligus bergading bahu demi mencapai
cita-cita negara,
Agar kemerdekaan hari ini lebih bererti buat
kita
Renungilah bersama…