Saturday 22 September 2012




‘Izinkan Aku’

Sekian lama menanti kini tiba detik ketikanya..

Aku antara beribu umat yang terpilih untuk 

mengunjungi Kota Mekah

Kota yang penuh dengan barakah,

Sebelum berangkat genggamilah tanganku moga 

dengan restu dari NYA

Terhapuslah dosaku yang bagaikan buih-buih di 

lautan,

Begitu juga buat kalian,

Doaku moga kita Berjaya bertemu di Al-Jannah,

Salam kerinduan akan ku sampaikan buat Rasul 

junjungan,

Ya Allah….

Berdebar rasa menerima utusan itu,

Bergetar seluruh tubuh tatkala menyahut seruan dari 

MU,

Bersama ini hadiah terindah ku bawakan ,

Moga mabrur dari MU buatku,

Ya Rabbul Izzati…

Sihatkan anggota badanku agar dapat seluruh marga 

inderaku merunduk kepada Mu,

Bersihkan lah mindaku dari hina keduniaan.

Sucikan hatiku seputih kain ihram yang bakal 

menyelubungi tubuhku,

Berikan lah keampuhan seluruh rohani dan jasmaniku 

dalam aku menuju redha Mu,

Ya Muhaimin…

Andai kata detik nadiku terhenti dalam aku menuju 

panggilan Mu,

Matikanlah aku di dalam iman,

Seandainya masih dikurniakan hayat izinkan aku 

bertamu lagi di baitul Mu buat ke sekian kali..

*Perindu Shahid Abadi*

2 Zulkaedah,143

Wednesday 19 September 2012

♥ Aku Sanggup Duhai Muhammad...


Jika kafir sekalipun kagum dengan 
Nabi Muhammad SAW .
Adakah anda pula meraguinya..?

Tidak dinafikan kebijaksanaa dan kemuliaan Rasulullah SAWdalam menyelesaikan masalah sama ada dalam kalangan umat islam dan golongan kafir banyak memberi keadilan sehinggakan golonagan kafir berasa kagum dan akhirnya mereka rela hati memeluk islam.Akhlak terpuji Rasulullah SAW sememangnya wajar dijadikan model ikutan masyarakat islam pada hari ini.Buku ini banyak memaparkan keperibadian terpuji Rasulullah SAW diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca.
- ' Sahibul Fadilah Tuan Haji Ahmad Mustafa Bin Muhd Sidin
 Al-Muqri.'

Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

Penyusunan kisah-kisah akhlak terpuji Rasulullah seperti dalam buku ini,amat dialu-alukan.Ini kerana secara tidak langsung akan melahirkan rasa cinta kasih kita dan menguji sejauh mana perasaan kita terhadap perjuangan dan kepimpinan Baginda terutama ketika berhadapan dengan pelbagai masalah dalam golongan islam dan kafir.Kandungan buku in sangat menarik untuk kita hayati terutamanya mesej yang hendak disampaikan.Mudah difahami pembaca.

- Haji Mohd Basori Bin Haji Umar,
  Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pengurusan Masjid,
  Jabatan Agama Islam Selangor.

Sememangnya mustahil bagi kita untuk mencontohi 100% akhlak Rasulullah SAW.Namun sebagai umat islam yang menyanjungi keperibadian Baginda,sangat-sangatlah wajar kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan panduan menghadapi susana persekitaran hidup yang semakin kompleks.Semangat dan perjuangan yang tidak pernah mengenal erti putus asa wajar diteladani sebagai panduan ketika menyebarkan agama islam.

- Muhamad Sujak Bin Hj,Muhd Dasuki,
  Pegawai Takbir Agama,Pejabat Agama Islam Daerah Petaling,
  Jabatan Agama Islam Selangor.

Buku ini tidak menjadikan diri anda sehebat dan
semulia Rasulullah SAW.Namun sekurang-kurangnya 
jadilah yang hampir dengannya...


Ini adalah perkongsian dari saye,
Buku ini saye beli di pesta Selangor beberape bulan yang lalu....
Saya tertarik dengan tajuknya,
" Aku Sanggup Duhai Muhammad "
yang mengisahkan suka duka Rasulullah dalam berdakwah.
Setiap yang menghayati kisah di dalam buku ini
pasti akan jatuh hati dengan sikap dan keperibadian Baginda.

Baru2 ini kita digemparkan dengan filem yang menghina Rasulullah.Filem tersebut telah mendapat bantahan umat islam diseluruh dunia.Buku ini telah membuktikan betapa indahnya keperibadian insan yang bernama Muhammad SAW dalam setiap aspek.

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah ke atas mereka 
yang telah hanyut...
Insya Allah..=)