Sunday, 23 December 2012
Sunday, 4 November 2012
Lestari GTC
Namanya tak segah seperti istana ilmu terhebat cemerlang boleh dibanggakan
Apatah lagi setinggi-tinggi institusi jauh sekali
bersarang di ruang pemikiran,
Namun di sinilah tempat kami beraksi,
Mengejar impi merinta galaksi
reality,
Menerajui diri di dunia GTC
Walau hilang upaya menatap indahnya maya,
bukan alasan
untuk meraih cita ke puncak jaya,
Hijaunya rona meluahkan tabah,
Hadirnya malam disimbahi cahaya,
Menyuluh langkah mengatur cara,
Kami di sini dididik menjadi insan sempurna sama hebat
seperti insan di luar sana,
Bagaikan embun hilang diterbit fajar,
Begitulah kami tanpa bimbingan tenaga pengajar,
Walaupun tidak dikurnia kemampuan di sini kami
dipertunjukkan jalan,
Kesempatan yang terbentang buat kami melakar destinasi
sebuah kehidupan,
Percaya berdiri di atas kaki sendiri menerobos segala
kebolehan berusaha mengerah seluruh kudrat yang ada nescaya kejayaan menanti rela menjadi teman di
masa hadapan
Celik IT, berinovasi, produktif, optimis pada
diri menjadi matlamat kami sepanjang
berada di GTC,
Kelak di luar sana kami lebih bermotivasi s mampu
mencipta misi dan visi hidup yang tersendiri
Umpama dari timur bangkitnya lestari menyinari bumi di
pagi hari,
Bait-bait kata selayaknya buat seluruh warga GTC
Tamatlah sudah epilog kami di sini selajur pula kami
bertemu dunia yang lebih mencabar lagi,
Melangkah dengan ilmu terusung di dada bersama
menerima segulung pencapaian bersaksikan pagi yang ceria,
bersama doa diiringkan memohon restu moga dikurniakan
keampuhan jiwa dan ketabahan raga dalam menempuh kancah kehidupan agar tak
tergugah semangat ridek ancaman
kegagalan.
Nurkilan : Perindu Syahid Abadi.
Saturday, 22 September 2012
‘Izinkan Aku’
Sekian lama menanti kini tiba detik ketikanya..
Aku antara beribu umat yang terpilih untuk
mengunjungi Kota
Mekah
Kota yang penuh dengan barakah,
Sebelum berangkat genggamilah tanganku moga
dengan restu dari
NYA
Terhapuslah dosaku yang bagaikan buih-buih di
lautan,
Begitu juga buat kalian,
Doaku moga kita Berjaya bertemu di Al-Jannah,
Salam kerinduan akan ku sampaikan buat Rasul
junjungan,
Ya Allah….
Berdebar rasa menerima utusan itu,
Bergetar seluruh tubuh tatkala menyahut seruan dari
MU,
Bersama ini hadiah terindah ku bawakan ,
Moga mabrur dari MU buatku,
Ya Rabbul Izzati…
Sihatkan anggota badanku agar dapat seluruh marga
inderaku
merunduk kepada Mu,
Bersihkan lah mindaku dari hina keduniaan.
Sucikan hatiku seputih kain ihram yang bakal
menyelubungi
tubuhku,
Berikan lah keampuhan seluruh rohani dan jasmaniku
dalam aku
menuju redha Mu,
Ya Muhaimin…
Andai kata detik nadiku terhenti dalam aku menuju
panggilan
Mu,
Matikanlah aku di dalam iman,
Seandainya masih dikurniakan hayat izinkan aku
bertamu lagi
di baitul Mu buat ke sekian kali..
*Perindu Shahid Abadi*
Wednesday, 19 September 2012
♥ Aku Sanggup Duhai Muhammad...
Jika kafir sekalipun kagum dengan
Nabi Muhammad SAW .
Adakah anda pula meraguinya..?
Tidak dinafikan kebijaksanaa dan kemuliaan Rasulullah SAWdalam menyelesaikan masalah sama ada dalam kalangan umat islam dan golongan kafir banyak memberi keadilan sehinggakan golonagan kafir berasa kagum dan akhirnya mereka rela hati memeluk islam.Akhlak terpuji Rasulullah SAW sememangnya wajar dijadikan model ikutan masyarakat islam pada hari ini.Buku ini banyak memaparkan keperibadian terpuji Rasulullah SAW diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembaca.
- ' Sahibul Fadilah Tuan Haji Ahmad Mustafa Bin Muhd Sidin
Al-Muqri.'
Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
Penyusunan kisah-kisah akhlak terpuji Rasulullah seperti dalam buku ini,amat dialu-alukan.Ini kerana secara tidak langsung akan melahirkan rasa cinta kasih kita dan menguji sejauh mana perasaan kita terhadap perjuangan dan kepimpinan Baginda terutama ketika berhadapan dengan pelbagai masalah dalam golongan islam dan kafir.Kandungan buku in sangat menarik untuk kita hayati terutamanya mesej yang hendak disampaikan.Mudah difahami pembaca.
- Haji Mohd Basori Bin Haji Umar,
Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Selangor.
Sememangnya mustahil bagi kita untuk mencontohi 100% akhlak Rasulullah SAW.Namun sebagai umat islam yang menyanjungi keperibadian Baginda,sangat-sangatlah wajar kisah-kisah yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan panduan menghadapi susana persekitaran hidup yang semakin kompleks.Semangat dan perjuangan yang tidak pernah mengenal erti putus asa wajar diteladani sebagai panduan ketika menyebarkan agama islam.
- Muhamad Sujak Bin Hj,Muhd Dasuki,
Pegawai Takbir Agama,Pejabat Agama Islam Daerah Petaling,
Jabatan Agama Islam Selangor.
Buku ini tidak menjadikan diri anda sehebat dan
semulia Rasulullah SAW.Namun sekurang-kurangnya
jadilah yang hampir dengannya...
Ini adalah perkongsian dari saye,
Buku ini saye beli di pesta Selangor beberape bulan yang lalu....
Saya tertarik dengan tajuknya,
" Aku Sanggup Duhai Muhammad "
yang mengisahkan suka duka Rasulullah dalam berdakwah.
Setiap yang menghayati kisah di dalam buku ini
pasti akan jatuh hati dengan sikap dan keperibadian Baginda.
Baru2 ini kita digemparkan dengan filem yang menghina Rasulullah.Filem tersebut telah mendapat bantahan umat islam diseluruh dunia.Buku ini telah membuktikan betapa indahnya keperibadian insan yang bernama Muhammad SAW dalam setiap aspek.
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah ke atas mereka
yang telah hanyut...
Insya Allah..=)
Friday, 17 August 2012
....BANGKITLAH
BANGSAKU..
Bumi anbia di dalam tangisan,
kanak-kanak berlagu sendu mendendangkan irama
keresahan,
Jiwa mereka dicengkam kezaliman
neraka jahanam zionis,
Sedangkan mereka adalah ahli syurga
yang nyata,
Mata para mujahid terkatup rapat,
Jasad kaku dibelenggu si petualang
durjana,
sedangkan darah jihad yang terus
mengalir masih mekar disanubari,
Gugurnya perwira bukan bermakna kalah,
Tetapi kerana rindukan haruman taman syuhadah
yang lebih indah ,
Demi Tuhan mereka berjuang untuk
mempertahankan agama dan bangsa,
Anak watan terus bersatu hati,tenaga
dan usaha mengembalikan maruah bangsa yang telah diragut dengan kerakusan nafsu,
Tetapi tidak disini,
Bukan pada bangsaku…
Hari ini bangsaku di dalam
kegelisahan,
Dibelenggu oleh asakkan lasykar
nafsu,
Darah kebencian terus mengalir,
Mencela,menghina dan sanggup meratah daging
saudara sendiri,
Tiada toleransi … meninggi diri …
susilah diri jauh sekali,
Lupa pada langit yang dijunjung,
Khilaf pada bumi yang dipijak,
Kenyang dengan keringat yang bakal membakar diri di dalam api
kemurkaan,
Yang senang semakin gembira,
Mata tertutup rapat dari memandang
fakir yang kelaparan,
Anak-anak dibiarkan berpeleseran
tanpa arah dan tujuan,
Kita sedang mencipta tragedi,
Disaat negara
berpotensi megah berdiri,
Kita masih ditakuk kemiskinan ilmu
dan harga diri,
Sukakah kita robohkan sebuah bangsa
yang telah diwarisi berabad lamanya ???
Mahukah kita mencemarkan maruah
negara dimata dunia???
Aku Cuma meluahkan rasa yang
bergelora di dada,
Meronta menjelaskan apa yang
berkelana di mata hati,
Mengapakah begitu ???
Mengapa terjadinya semua ini ???
Aku bukan Bahaman,
Bukan jua Maharaja Lela,
Aku bukan pahlawan yang gagah
perkasa,
Aku bukan seperti mereka,
Yang sanggup berputih tulang
Demi menegakkan keadilan bangsa,
Aku hanya manusia biasa,
Ingin menjulang martabat bangsa,
Ingin membebaskan mereka dari sangkar jajahan jiwa,
Ingin membebaskan mereka dari sangkar jajahan jiwa,
Justeru bangkitlah !!!
Bangkitlah !!! Bangsaku dari mimpi
ngeri,
Berhentilah dari menjadi Jebat yang
menentang rajanya sendiri,
Sucikan bintik-bintik neraka yang
merajai hati kita,
Teguhkan jati dirimu yang semakin
goyah dimamah kepura puraan,
Kembalilah kepada asal dirimu,
Resam dahulu bermati-matian demi
mendapatkan sebuah kemerdekaan untuk bangsa tercinta,
Bersatu lah kita membela nasib bangsa yang semakin parah
dipukul kemusnahan tamadun ketimuran,
Sekaligus bergading bahu demi mencapai
cita-cita negara,
Agar kemerdekaan hari ini lebih bererti buat
kita
Renungilah bersama…
Thursday, 16 August 2012
" Pohon Keikhlasan "
Daripada semaian benih , akhirnya bercambahlah
pohon keikhlasan berbajakan kasih sayang.
Lalu mengeluarkan bunga - bunga kepercayaan antara satu sama lain,
Dan mengeluarkan buah - buahan ukhuwah yang cantik di luar
dan cantik di dalam.
Dari benih jalinan seluruh insan dapat menikmati ukhuwah
terindah yang terbit
dari hati yang
tulus dan murni...
Ciptaan :
Perindu Shahid Abadi..
Tuesday, 31 July 2012
Saturday, 21 July 2012
Kemasukan baru ke universiti , tarikh : 21 July 2012...
( Insya Allah )
Name U : Universiti Ramadhan Al-Mubarak..
Course wajib : Berpuasa..
Course special : Terawih..
Course tambahan : Baca Al-Quran,zikir,solat sunat,sedekah dan etc..
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Taqwa..
Konvo : 1 Syawal...
*Extra..tawaran melanjutkan pengjian ke peringkat master..
Course : Puasa 6...
Jom sahabatku kita daftar beramai-ramai...
(^__^)V..
Friday, 13 July 2012
Inti Hati...
Inti karipap pedas rasanya , Inti popia manis pula,
Inti Iman taqwa jawabnya , Inti kalbu apa pula..??? "
" Semoga hidupmu disinari nur keimanan,
Matimu diulit ketaqwaan,
Amalanmu gunung dengan keikhlasan,
Akhlakmu indah bersendikan Al-Quran,
Hatimu terhibur dengan irama perjuangan..."
(^____^)
Saturday, 30 June 2012
6 janji rasulullah kepada umatnya...
Berjanjilah kepadaku kamu akan melakukan 6 perkara,nanti aku akan janjikan kamu dapat memasuki syurga... 6 perkara yang dikatakan oleh baginda ialah :
- Apabila kamu bercerita,kamu berkata benar...
- Apabila kamu berjanji,kamu tepati...
- Apabila kamu diamanahkan,kamu laksanakan....
- Peliharalah kehormatanmu...
- Tundukkanlah (peliharalah) Pandanganmu ( dari memandang perkara yang haram) dan kawal tanganmu dari bertindak menyakiti orang lain....
Sabda Rasulullah....Waallahu'alam..(^___^)
Berjanjilah kepadaku kamu akan melakukan 6 perkara,nanti aku akan janjikan kamu dapat memasuki syurga... 6 perkara yang dikatakan oleh baginda ialah :
- Apabila kamu bercerita,kamu berkata benar...
- Apabila kamu berjanji,kamu tepati...
- Apabila kamu diamanahkan,kamu laksanakan....
- Peliharalah kehormatanmu...
- Tundukkanlah (peliharalah) Pandanganmu ( dari memandang perkara yang haram) dan kawal tanganmu dari bertindak menyakiti orang lain....
Sabda Rasulullah....Waallahu'alam..(^___^)
Subscribe to:
Posts (Atom)