Sosial - BAB 4
PERBINCANGAN MENGENAI PRESTASI KERJA
1.
Penilaian Prestasi
è Meujuk kepada proses penyampaian
berterusan kepada pekerja mengenai prestasi kerja mereka.
è Terbahagi kepada dua :
a) Penilaian tak formal :
·
Ia
dilakukan berasaskan pertimbangan hari demi hari.
·
Terdapat
kaitan rapat diantara tingkah laku dengan maklum balas.
·
Pekerja
perlu menganggap penilaian tidak formal adalah penting untuk kebaikan diri
sendiri dan organisasi.
b) Penilaian formal atau bersistem :
·
Dilakukan
secara berkala dalam setahun.
·
Terdapat
aspek-aspek atau kriteria-kriteria yang dinilai secara tetap.
·
Ada 4 tujuan utama :
ü Semua pekerja tahu bagaimana prestasi
kerja mereka dinilai
ü Kenal pasti pekerja yang layak
dinaikan gaji
ü Kenal pasti pekerja yang layak dinaikan
pangkat
ü Kenal pasti pekerja yang memerlukan
latihan
è Terdapat beberapa kelemahan penilaian
jenis ini :
a) Piawai yang berubah
b) Sikap berat sebelah penilai
c) Pola penilai yang berbeza
d) Kesan halo (persekitaran)
2.
Tanggungjawab Menilai
è Dalam kebanyakan organisasi Jabatan
Suber Manusia bertanggungjawab membentuk program-program penilaian dan
mengawasi prestasi-prestasi program tersebut. Siapa yang melaksanakan tugas
penilaian adalah berbeza bagi setiap organisasi copntohnya :
a) Penyelia langsung
b) Pekerja sendiri
c) Rakan sekerja
d) Penilaian secara berkumpulan
e) Jawatankuasa penilai
f) Gabungan
3.
Faktir-faktor yang Mempengaruhi
Proses Penilai
è Dalaman :
·
Jenis
pemimpin, budaya korporat dan sebagainya.
è Luaran :
·
Undang-undang
buruh dan kesatuan sekerja.
4.
Kepentingan dan Penilaian Prestasi
è Data atau maklumat yang diperolehi
akan digunakan oleh pihak pengurusan untuk memastikan agar organisasi
berkembang dengan baik ia juga boleh digunakan untuk
a) Memperbaiki perancangan sumber
manusia
b) Memperbaiki perekrutan dan pemilihan kakitangan
c) Memperbaiki pembangunan sumber
manusia
d) Memperbaiki perhubungan diantara
kakitangan
e) Memperbaiki perancangan dan
pembangunan kerjaya
f) Memperbaiki program pampasan
TANGGUNGJAWAB DI TEMPAT KERJA
1.
Pengenalan
a) Tempat kerja mestilah bersih menurut
piawaian dan dasar yang telah ditetapkan oleh semua pihak berkuasa.
b) Piawaian yang digunakan di negara
Jepun dan menjadi ikutan di seluruh dunia dikenali sebagai konsep atau kaedah 5S.
c) Di Malaysia piawaian dan keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja termaktuk di dalam OSHA. Disamping undang-undang
kecil PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).
2.
Budaya Kerja 5S
è Mementing kebersihan, keselesaan dan
kehidupan produktif untuk semua orang di tempat kerja. Jika dilaksanakan dengan
betul, ia akan membawa banyak perubahan. Aitem-aitem atau barang yang tidak
diperlukan akan dibuang, yang berguna pula akan dijaga dengan rapi, bersih dan
tersusun.
3.
Definisi 5S
a) Seiri (sisih)
·
Menyisih
dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
b) Seiton (susun)
·
Menyusun
dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula.
c) Seiso (sapu)
·
Mencuci
tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin atau
peralatan.
d) Seiketsu (seragam)
·
Memelihara
kebersihan dan penyusunan sepanjang masa supaya ketiga-tiga konsep di atas mudah
dilaksanakan.
e) Shitsuke (sentiasa amal)
·
Berdisiplin
dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan bertabiatbaik di tempat kerja secara
berterusan.
4.
Penyebaran Konsep 5S
è Mula diperkenalkan diluar negara
Jepun 1986 bermula di Singapura.
è Menjadi porpular kerana alasan-alasan
berikut :
a) Tempat kerja yang bersih dan lebih
tersusun.
b) Hasilnya nyata kepada semua sama ada
di dalam dan di luar organisasi.
c) Hasilnya boleh meningkatkan lebih
banyak aidea baru.
d) Semua orang akan lebih berdisiplin.
e) Operasi menjadi lebih selamat dan
mudah.
f) Menjadi kebanggaan semua.
g) Meningkatkan imej perniagaan
organisasi dan individu.
5.
Ketogeri Tempat Kerja
a) Kelas 3
·
semua
pekerja membuat kekotoran di merata-rata tempat dan tiada orang membersihkanya.
b) Kelas 2
·
ada
sekumpulan orang yang membuat kekotoran tetapi sebahagian lagi membersihkannya.
c) Kelas 1
·
tiada
pekerja yang membuat kekotoran dan semua bertanggungjawab menjaga kebersihan.
6.
Penyempurnaan Tugas
è Setiap tugasan lazimnya mempunyai
spesifikasi dan piawayan tersendiri serta mempunyai ukuran prestasi.
Tanggungjawab pekerja adalah bekerja menurut piawayan tersebut dan memcapai
prestasi yang ditetap kegagalannya dianggap melanggar disiplin.
7.
Pemantauan kendiri
è Pemantauan pihat belia @ pengurusan
tidak boleh diharapkan sepanjang masa kerana mereka juga sibuk oleh itu,
pemantawan yang terbaik dilakukan oleh pekerja itu sendiri. Perkara-perkara
yang dipantau merangkumi
a) Kualiti kerja
b) Jumlah kegunaan sumber
c) Tempoh menyiapkan tugasan
d) Penjagaaan alam sekitar
8.
Cepat melakukan kerja
è Umumnya tempat kerja hendaklah
selamat bersesuaian berpandukan prinsip kecekapan. Kemudaha-kemudahan yang
digunakan hendaklah sesuai dan tidak membazir ia juga perlu sesuai dengan kebolehan
para pekerja.
MEMPREKTIKAN INTEGRITI DAN AMALAN
BERETIKA
1.
Intregiti
a) Berasal dari bahasa Inggeris yang
tidak mempunyai makna yang tepat dalam Bahasa Melayu
b) Kamus Dui Bahasa DBP 1985
mentakrifkan sebagai kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan.
c) Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan pula
memdefinisikan sebagai jujur, ikhlas, adil dan terus terang.
d) Wabster pula mentakrifkan sebagai
berakhlak mulia.
è Ia boleh disimpulkan sebagai
merangkumi keikhlasan, kejujuran, keterbukaan, ketulusan, amanah, benar,
berpegang kepada perinsip, tidak mudah mempengaruhi, boleh dipercayai dan
sebagainya.
2.
Etika
è Terdapat banyak tafsiran yang
diberikan berasal dari Bahasa Greek (ETHOS)
è Gluck mengatakan ia adalah berkaitan
filosofikal terhadap morality SHEA pula mengatakan prinsip-prinsip bertingkah
laku yang mengawal individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkah
laku.
3.
Etika Kerja
è Ia dapat disimpulakn sebagai panduan
tingkah laku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan
kehidupan khususnya di kalangan yang meminggirkan agama dalam kehidupan.
Masyarakat moden lebih menuju kepada kemujuan material untuk mencapai
kesenangan dalam hidup. Sumber-sumber moral datang dari set-set etika yang
dihasilkan oleh ketentuan akal dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.
è Etika kerja merupakan satu landasan
kepada masyarakat yang membolehkan setiap pekerja mengawal tingkah lakunya
sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak
tanduk mereka dari semasa ke semasa.
è Ia seharusnya dipelajari dan
diamalkan dalam setiap aspek kehiduapn. Keberkesanan prinsip etika terletak
pada disiplin dan kekuatan individu itu sendiri.
è Contoh etika kerja termasuklah :
a) Berkeja dengan azam, mengabdikan diri
kepada tuhan.
b) Bekerja dengan ikhlas dan amanah.
c) Bekerja dengan tekun dan cekap.
d) Bekerja dengan semangat
bergotong-royong dan bersatu pikiran.
e) Bekerja dengan matlamat kebahagiaan
manusia sejagat.
4.
Integrity Tempat Kerja
a) Mengamalkan akhlak mulia dan sifat
terpuji.
b) Menyayangi diri dan mencernakan budi
pekerti dan amalan mulia.
c) Menyayangi diri dengan mendisiplinkan
diri terhadap peraturan dan etika kerja.
d) Menyayangi diri dengan mengurus masa
secara betul dan optimum.
e) Menyayangi keluarga dengan
melaksanakan peranan dan tanggungjawab.
f) Hidup bersama dengan rakan sekerja, pihak atasan dan masyarakat dengan harmoni.
g) Bersedia menghadapi cabaran dan
tanggungjawab.
h) Bersikap rasional terhadap diri.
i)
Berusaha
berterusan .
j)
Memiliki
sumber bistari.
è Disamping itu perlu menjahui
sifat-sifat nagetif seperti :
a) Suka menyalahkan orang lain dan
beranggapan dia sahajalah yang betul.
b) Menghabiskan masa dengan melakukan
kerja-kerja persedirian.
c) Melakukan pembaziran dan berbual-bual
kosong sesama rakan sekerja.
d) Suka menonjolkan diri berbanding
sumbangan yang diberi.
MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN DIRI
1.
Penyesuaian Kemahiran dan Kecekapan
è Keadaan yang memerlukan penyesuaian
kemahiran dan kecekapan termasuklah :
a) Penemuan teknologi baru iaitu manual
kepada automasi.
b) Perubahan cuaca.
c) Perubahan permintaan pasaran
(permintaan bertambah)
d) Berlakunya keadaan darurat seperti
perperangan, banjir dan sebagainya.
e) Gangguan pembekalan sumber penting.
è Diantara perkara yang perlu dilakukan
untuk menambah kecekapan dan kemahiran adalah :
a) Memberi latihan untuk menambah
kecekapan.
b) Mengadakan latihan di tempat kerja.
c) Menggunakan khidmat konsultan.
d) Menggunakan institusi dalam negeri
e) Institusi luar Negara.
2.
Pembangunan Kendiri
è Tumpuan kepada permasalahan bekerja
dianggap menjejaskan produktiviti. Terlalu mementingkan cirri-ciri kemanusiaan
juga boleh mengganggu matlamat organisasi. Perhubungan antara pekerja dan
majikan boleh melahirkan konflik, kesannya ia menjejaskan kualiti pengurusan.
è Terdapat dua faktor yang mempengaruhi
perkembangan seseorang individu dalam organisasi :
a) Faktor dalaman :
ü Merupakan persepsi individu tentang
sejauh mana cabaran.
ü Diperolehi daripada pekerjaan dan
pencapaiannya.
b) Factor luaran :
ü Merupankan keadaan organisasi yang
memberi kesan kepada individu seperti polisi organisasi, keadaan kerja, gaji,
perhubungan interpersonal dan sebainya.
3.
Kekuatan dan Kelemahan Diri
è Cuba kenal kelebihan dan kekuatan
yang ada pada diri secara maksima. Jangan pendam kelebihan tersebut kerana ia
boleh menonjolkan kelemahan diri kita. Kekuatan yang ada pada diri adalah aset
terpenting untuk terus maju dan memberi kuasa kepada personality.
è Teknik kenal kekuatan diri :
a) Duduk dalam keadaan tenang
b) Cuba tanya pada diri apakah kekuatan
yang ada pada diri dan apakah ciri-ciri
yang menyebabkan orang tertarik kepada kita
c) Senarai yang telah dikenal pasti itu hendaklah
tampal ditempat yang mudah kita Nampak dan perlu membaca setiap hari sehingga
melekat di minda kita. Cara yang sama boleh digunakan untuk mengenal pasti
kelemahan diri. Senarai kelemahan itu perlu diperbaiki hari demi hari.
4.
Pantau Diri
è Lazimnya setiap individu memiliki dua
diri iaitu :
a) Diri awam yang sering dipamerkan di
hadapan khalayak.
b) Diri sebenar pula adalah ketika
bersendirian.
è Tujuan seseorang itu memantau diri
adalah supaya mereka boleh mendapat sebanyak mungkin faedah daripada situasi di
mana mereka berada. Tingkah laku mereka berbeza apabila bertemu dengan orang
yang berbeza. Mereka pandai meniru-niru gaya orang lain denagn tujuan membuat
orang suka pada mereka.mereka boleh berdusta dengan cara yang amat meyakinkan
si maggsa. Sikap-sikap yang berubah-ubah ini menyebabkan mereka sukar
dipercayai, tidak berpendirian, manipulatif. Golongan ini mempunyai ramai kawan
dari berbagai golongan ciri-ciri positif yang ada termasuklah cepat
mesra,pandai bergaul, sensitive dengan emosi orang lain, bertenaga, bersikap
terbuka, selalu ingin tahu, lebih berani mengambil resiko.
è Tingkah laku memantau diri sendiri
mempunyai kaitan kuat dengan prestasi mereka lebih berjaya dalam aktiviti yang
melampaui sempadan. Peluang untuk Berjaya dalam bidang yang berbeza akan
terbuka lebih luas.
5.
Hierarki Keperluan Maslow
è Satu teori manusia yang popular dan
membantu kita memahami motivasi adalah teori keperluan Maslow. Beliau
mengemukakan 5 teori asal yang menerangkan proses motivasi dalaman iaitu :
a) Keperluan fizikal
ü Seseorang yang lapar atau penat akan
memikirkan mengenai makan dan tidur dan bukannya kerja. Tetapi apabila telah
dipenuhi mereka kehilangan kuasa untuk memotivasikan diri.
b) Keperluan keselamatan
ü Keperluan keselamat ia penting dan
perlu diberi tumpuan apabila keselamat terjamin mudahlah untuk melakukan
tugas-tugas lain.
c) Keperluan social
ü Setiap individu ingin merasa diri
dipunyai atau disayangi
d) Keperluan maruah
ü Ia berkenaan dengan keinginan untuk
dihormati oleh orang lain dan dihargai atas apa yang mereka sumbangkan.
Pencapaian matlamat atau penghargaan yang diterima akan menghalakan mereka
kepada pencapaian kepuasan maruah dan keyakinan diri.
e) Kehendak potensi diri
ü Keperluan tau kehendak yang
tertinggi. Ia adalah kebolehan untuk memaparkan dan menggunakan sepenuhnya
potensi diri. Maslow menetapkan bahawa potensi diri seseorang memaparkan
karektor-karektor tertentu :
i.
Mereka
selalunya lebih serius dan banyak berfikir.
ii.
Mereka
focus kepada masalah luaran.
iii.
Sikap
mereka tidak dipengaruhi dan bersifat semula jadi.
iv.
Mereka
amat berpegang kuat pada etika.
No comments:
Post a Comment