Puing-puing
Keindahan
Hembusan bayu bersuara lembut,
Canang keserata alam tentang kehebatan
Penciptanya,
Pepohon merimbun bebunga kedamaian,
Disimbahi cahaya sang kejora,
Setia bertafakur aur,
Merasakan hidupan lain menikmati
kesegaran,
Undan melebarkan sayapnya bak betara di
rimbanya melagukan
kesyukuran kerana memiliki kebebasan,
Serangga kecil enggan mengalah menggalas
tugas bukannya beban,
Hasrat ku ke mari ingin berkongsi rasa
makhluk di sini,
Memuji Pencipta alam jagat yang terhebat,
Ku larikan diri daripada belantara
konkrit yang hanya berbajakan
duniawi,
Di sini ku miliki ketenangan
berpanjangan,
Usah menodai malar ini,
Peliharalah khazanah yang Tuhan beri,
Jika dicalari…
Samalah seperti melukakan bumi,
Kekalkan puing-puing keindahan yang ada,
Kepada pewaris muda jagalah
sebaik-baiknya…
Nurkilan – Perindu Shahid Abadi
No comments:
Post a Comment