Senandung raya untuk ayah
Riuh beburung
riang berkicauan meraikan hari kemenangan,
Bening mentari
syawal melambai sayu pada fajar ramadhan yang penuh barakah,
Kejayaan dirai
dengan meriah ujian ramadhan dilalui dengan penuh berhikmah,
Gema takbir mengalun
indah bicara kebesaran-Nya,
seraya seluruh umat melafazkan syukur pada Yang Maha Esa
kerana masih dikurnia nafas
bagi melaksanakan rukun ke-3 dengan sempurna
Hiba sayu menyelubungi
sang hati
Ku singkap kenangan
abadi bersama insan yang amat ku sanjungi
Pinta ku padanya
agar dihalalkan segala makan dan minum serta diampunkan segala kesilapan
Bening matanya
indah mewarnai lukisan ceria di hari mulia
Bening kebahagiaan
itu adalah untuk kami
Kini hilang satu
cahaya yang melengkapi warna pelangi
Ku amat merindui
raut yang pernah ku kucupi satu ketika dahulu
Sayang ku padanya
takterluak walaupun dia tiada lagi di
sisi
Dihadapan ku
pusara tersemadinya jasad insan yang ku sayang
Air mawar disiram
membasahi pohon kerinduan
Walau dipisahkan
dengan dua dunia yang berbeza namun ikatan kasih kami tidak akan pernah putus
Ya Allah di
hari yang mulia ini ku memohon pada Mu rahmatilah dia dan tempatkanlah dia di
kalangan para solihin..
Dengan
Al-fatihah yang ku hadiahkan beserta bingkisan doa yang ku pohonkan mendapat tempat
di sisi Nya
Insya Allah..
No comments:
Post a Comment