Thursday 7 March 2013


Sosial – Bab 1…
Prosuder tindakan kecemasan & persediaan

1.     Terdapat 2 strategik untuk menggelakkan api atau kebakaran.

a)     Menyusun dan menrangka program kesedaran
b)    Alat pengesan kebakaran

2.      Melawan api

a)     Gunakan alat pemadam api yang mudah alih.
b)    Menggunakan peralatan pemadam api sama ada automatic atau manual.

3.     Syarat dan latihan

a)     Sediakan isyarat dan petanda kecemasan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil tahu,dimana disimpan alat pencegah kebakaran.

b)    Banyakkan latihan seperti latihan kebakaran,latihan kecemasan dan sebagainya.
-         Latihan dapat seseorang individu menjadi mahir menggunakan peralatan dan sekaligus menggelakkan panik.

c)     Pastikan kakitangan tahu laluan yang bersesuai untuk keluar dari kawasan kebakaran.
d)    Edarkan risalah yang berkaitan.

4.     Perkara-perkara yang perlu dipastikan untuk keeselamatan tempat kerja.

a)     Bahan mudah terbakar perlu berada dipersekitaran pekerjaan dalam kualiti yang diperlukan.Bila tugas berakhir kembalikan ia ke tempat asal.
b)    Bahan-bahan bahaya perlu ditempatkan kawasan yang selamat dan berdekatan dengan alat keselmatan.
c)     Pastikan tiada kebocoran pada bekas-bekas yang mengandungi bahan-bahan berbahaya.
d)    Pekerja perlu pastikan pakaian mereka tidak terkena bahan mudah terbakar dan perlu menukar segera sekiranya berlaku.
e)     Laluan atau pintu rintangan api berada dalam keadaan yang baik.

5.     Pemeriksa peralatan pencegah kebakaran perlu dibuat secara berkala.Ia bertujuan untuk :
a)     Mengecilkan kadar risiko kebakaran sekiranya bahan mudah terbakar tersimpan dalam keadaan betul.

b)    Pastikan alat pencegah kebakaran boleh digunakan.

c)     Pastikan laluan keluar dalam keadaan baik dan tiada halangan.

Mengendalikan bahan kimia dan bahan merbahaya.

Tindakan yang perlu dilakukan :

1.     Jangan bekerja bersendirian di dalam makmal jika terpaksa.Pastikan kehadiran anda di makmal diketahui oleh pihak yang bertanggungjawab.

2.     Gunakan alat perlindungan keselamatan.

3.     Labelkan setiap kontena dan isi kandungannya.

4.     Pastikan muka dan tangan dalam keadaan yang bersih.Basuh dengan sabun dan air yang mencukupi setiap kali mengendalikan bahan kimia atau apabila meninggalkan makmal.

5.     Elakkan hubungan secara langsung dan bahan kimia dengan memakai alat perlindungan yang disediakan .

6.     Pastikan seluruh tubuh ,pakaian termasuk kasut bebas dari bahan kimia sebelum keluar dari makmal.

7.     Jangan hidu atau rasa bahan kimia.

8.     Jangan merokok,minum,makan atau mengenai alat kosmetik dikawasan simpan bahan merbahaya.

9.     Menggunakan bahan kimia di kawasan bersesuaian.
10.                        Gunakan bahan kimia berdasarkan arahan atau untuk tujuan-tujuan yang ditetapkan.
11.                        Pastikan semua peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan bersama bahan kimia.
12.                        Elakkan bahan-bahan mudah terbakar daripada punca-punca kebakaran.
Prosedur membuat laporan mengenai keselamatan,tindakkan atau keadaan.
1.     Laporan mengenai kemalangan atau bencana kerja yang mengakibat kecederaan atau occupasionali illness perlu dibuat dalam tempoh 24 jam.
2.     Kemalangan yang melibatkan kerosakan bangunan yang berkaitan perlu dilaporkan dalam tempoh 48 jam.
3.     Setiap pekerja,penyelia mahupun pengurus perlu melaporkan kemalangan tersebut dalam jangka masa yang ditentukan.
4.     Setiap mangsa yang ditimpa kemalangan berhak mendapat yang bbermula daripada pertolongan cemas sehingga rawatan di hospital bergantung kepada kecederaan atau kesakitan yang ditangung.
Prosedur membuat laporan.
1.     Bermula dengan pekerja atau sesiapa yang mengenal pasti wujudnya keadaan yang tidak selamat atau kemalangan yang berlaku,hendaklah melaporkan kepada penyelia atau pengawal.Keselamat atau kesihatan pihak yang menerima laporan perlu memastikan keadaan atau situasi tersebut di awasi oleh mereka atau kakitangan yang berkaitan.
Prosedur membuat laporan kemalangan atau marabahaya yang berlaku.
1.     Kemalangan adalah sesuatu yang tidak dirancang atau diingini mengakibatkan kecederaan kepad seseorang.
2.     Marabahaya adalah sesuatu yang tidak dirancang atau diingini yang berpotensi mendatangkan kecederaan sama ada boleh atau tidak medatangkan kerosakkan kepada bangunan,peralatan mahupun alam sekitar.
3.     Kemalangan atau marabahaya boleh berlaku sama ada berpunca daripada tindakkan tidak selamat atau keadaan tidak selamat atau kedua-dua.
4.     Setiap  individu perlu melaporkan secara terang dan jelas mengenai perkara yang berlaku kepada pegawai yang bertanggungjawab.
5.     Pegawai  yang terpilih sebagai wakil atau ahli jawatan kuasa keselamatan dan kesihatan berhak untuk menyiasat kemalangan yang merbahaya dan mendapat khidmat nasihat daripada mereka yang berkelayakan.

No comments:

Post a Comment